Wednesday, July 16, 2014

Perancangan Allah adalah yang terbaik!

Pengalaman bekerja sangat menakjubkan. Bidang yang saya ingin sekali rasai dan dalam masa yang sama sayang untuk tinggalkan gerak kerja dakwah. Allah bagi saya pengalaman sebagai research assistant bahagian clinical trial, di mana bahagian ini merupakan satu bidang mengkaji ubatan makmal secara terus kepada pesakit. Allah bagi saya peluang untuk mendalami bidang pengkajian dan dalam masa yang sama saya berpeluang menemui pelbagai jenis orang dalam usaha menyiapkan kajian ini. Saya perlu berhubung dengan orang untuk mengetahui perkembangan semasa selepas pembedahan. 
Pada mulanya bagi saya kerja ini agak tersembunyi ke dalam bermaksud berpisah dari dunia luar, walhal tidak sama sekali, metod yang perlbagai dalam kajian ini memberi keseronokan dan pengalaman yang banyak kepada saya. Alhamdulillah, bila kita sentiasa berdoa dan mengucapkan hajat kita, insyaAllah Allah pasti akan tunaikan. Panjatkan segala kesyukuran dan keredhaan pada Allah SWT. 
Selain berjumpa dengan pesakit, saya juga meneliti bagaimana perjalanan prosedur pembedahan, bagaimana keadaan pesakit untuk dibedah dan sebagainya. Saya juga perlu menghadap tulisan doktor yang dikatakan sangat perit untuk difahami semata-mata untuk mengetahui masalah dan keadaan pesakit di bawah kajian kami ini.
Bertemu dengan pelbagai jenis manusia di alam dunia sebenar selepas dunia kampus tidak lah sama seperti aktivti persatuan dalam dan luar kampus, kerana alam di luar kita berhadapan dengan pelbagai golongan. Dan bagaimana pengaplikasian dakwah sendiri. Sangat berbeza dengan zaman kampus, kita berkelompok dan sasaran kita kebiasaannya adalah remaja, kanak-kanak dan jarang-jarang sekali kita pergi kepada golongan tua, bekerjaya dan masyarakat awam. 
Bagaimana kita berhadapan dengan mereka di dunia luar ini adalah sebagaimana yang kita sendiri mahu. Jika kita sedar kita adalah bukan orang biasa yang hidup hanya memikirkan keperluan diri, maka kita akan bertindak sebagai orang yang luar biasa. Bukan seperti orang  biasa yang hanya bekerja sekadar melunaskan tanggungjawab dan hujung bulan tunggu gaji. Nah, semua itu diri kita sendiri berhak menjawabnya. 
Alam dunia selepas kampus adalah alam untuk menguji diri sendiri sejauh mana praktikal nya kita yang dikatakan penggerak dakwah Islam. Gagal atau berjaya melaksanakan amanah sebagai khalifah, itu lah soalan yang wajar dilontarkan atas batang hidung kami sendiri. 
Kesimpulannya, kerja dakwah adalah di atas pundak masing-masing. Kesedaran, pengorbanan dan kesungguhan adalah datang dari dalam diri masing-masing dan saling membantu untuk menyedarkan yang lain. Berusaha lah demi akhirat kita. 
Wallahu a'lam..