Wednesday, July 16, 2014

Perancangan Allah adalah yang terbaik!

Pengalaman bekerja sangat menakjubkan. Bidang yang saya ingin sekali rasai dan dalam masa yang sama sayang untuk tinggalkan gerak kerja dakwah. Allah bagi saya pengalaman sebagai research assistant bahagian clinical trial, di mana bahagian ini merupakan satu bidang mengkaji ubatan makmal secara terus kepada pesakit. Allah bagi saya peluang untuk mendalami bidang pengkajian dan dalam masa yang sama saya berpeluang menemui pelbagai jenis orang dalam usaha menyiapkan kajian ini. Saya perlu berhubung dengan orang untuk mengetahui perkembangan semasa selepas pembedahan. 
Pada mulanya bagi saya kerja ini agak tersembunyi ke dalam bermaksud berpisah dari dunia luar, walhal tidak sama sekali, metod yang perlbagai dalam kajian ini memberi keseronokan dan pengalaman yang banyak kepada saya. Alhamdulillah, bila kita sentiasa berdoa dan mengucapkan hajat kita, insyaAllah Allah pasti akan tunaikan. Panjatkan segala kesyukuran dan keredhaan pada Allah SWT. 
Selain berjumpa dengan pesakit, saya juga meneliti bagaimana perjalanan prosedur pembedahan, bagaimana keadaan pesakit untuk dibedah dan sebagainya. Saya juga perlu menghadap tulisan doktor yang dikatakan sangat perit untuk difahami semata-mata untuk mengetahui masalah dan keadaan pesakit di bawah kajian kami ini.
Bertemu dengan pelbagai jenis manusia di alam dunia sebenar selepas dunia kampus tidak lah sama seperti aktivti persatuan dalam dan luar kampus, kerana alam di luar kita berhadapan dengan pelbagai golongan. Dan bagaimana pengaplikasian dakwah sendiri. Sangat berbeza dengan zaman kampus, kita berkelompok dan sasaran kita kebiasaannya adalah remaja, kanak-kanak dan jarang-jarang sekali kita pergi kepada golongan tua, bekerjaya dan masyarakat awam. 
Bagaimana kita berhadapan dengan mereka di dunia luar ini adalah sebagaimana yang kita sendiri mahu. Jika kita sedar kita adalah bukan orang biasa yang hidup hanya memikirkan keperluan diri, maka kita akan bertindak sebagai orang yang luar biasa. Bukan seperti orang  biasa yang hanya bekerja sekadar melunaskan tanggungjawab dan hujung bulan tunggu gaji. Nah, semua itu diri kita sendiri berhak menjawabnya. 
Alam dunia selepas kampus adalah alam untuk menguji diri sendiri sejauh mana praktikal nya kita yang dikatakan penggerak dakwah Islam. Gagal atau berjaya melaksanakan amanah sebagai khalifah, itu lah soalan yang wajar dilontarkan atas batang hidung kami sendiri. 
Kesimpulannya, kerja dakwah adalah di atas pundak masing-masing. Kesedaran, pengorbanan dan kesungguhan adalah datang dari dalam diri masing-masing dan saling membantu untuk menyedarkan yang lain. Berusaha lah demi akhirat kita. 
Wallahu a'lam..

Sunday, January 12, 2014

berubah?..xhipokrit ke namenye?

Salam revolusi buat jiwa2 muda yang inginkan kebebasan!

inginku bebas ke mana jua..,

Setiap makhluk di muka bumi ni..xlepas dari ingin hidup bebas kan..terutama kita, jiwa2 remaja yang memang selalu la duk pikir nak buat itu ini..nak try rase macam2..mg2 kita sentiasa mendapat petunjuk Allah dalam mencari kebebasan tu ye,...mcm mane tu ye..maknenye, kite xtinggal apa yang ditetapkan kepada kite sebagai seorang hamba dan khalifah..tp kite jangan tinggalkan keinginan kite sebgai seorang berjiwa remaja..sebab nak jadi remaja ni sekali je kan..zaman remaja ni la kite cube segala benda baru..oppss...jangan silap faham cube segala benda baru ni....janji apa2 yang kite buat tu, jangan pernah melepasi batas2 syariat..haa..bile kite lakukan sesuatu kerana Allah, ingatkan benda tu jadi bertambah manis sbb insyaAllah ianya diberkati Allah...amiin..
Ingat la wahai sahabat2.. kite xkan hidup selamanya..ingatlah kite semua pasti mati, jadi dalam mengerjakan apa2 hal sekalipun, kite ingat yang ianya jadi perhitungan kite di akhirat kelak.. skrin layar akan menayangkan segala perbuatan kite di dunia.. Allahhh.. renung2kn, dan jgn terlalu pndang enteng hal ni..
Jadilah hamba terbaik!!! Pasti balasan di akhirat juga yang terbaik!

Sunday, February 5, 2012

hati ku milik-Mu, ya Allah...!!!

di mana Engkau di hatiku, ya Allah...

Ya Allah
saat diri mengulam dosa noda
hati tak pernah berhenti mengharap ampunan-Mu
hati tak pernah berhenti mengharap pertolongan-Mu
hati xpernah berhenti mengharap petunjuk dari-Mu

Ya Allah
saat jasad dan otak lincah bergerak
menjalankan amanah-Mu
ku sentiasa memohon diri ni xtersasar jauh dari beban amanah
ku mengharapkan sentiasa tetap di jalan ini sampai hujung nyawa ku
ku merayu agar sentiasa dalam cahaya hidayah-Mu

Ya Allah
aku hamba lemah, kerdil
hanya pada-Mu aku mampu memohon
ya Allah, aku cube utk sentiasa letakkn Mu sepenuh hatiku
walau apa jua yang datang..Kau tetap yang utama
ya Allah kuatkan lah hatiku
jadikanlah aku sorg yg tidak berfikir semata2 menggunakan akal

Ya Allahu ya Robbi..
Ya Allahu ya karim
Ya Allahu ya Alim
Ya Allahu ya Ilahi

fikir..fikir..fikir..dan zikir

Di suatu pagi yang hening, aku menghabiskan sepenuhnya masa mencari diri..siapa, kenapa, bagaimana dan pelbagai persoalan timbul dibenakku..ada yg mampu ku selesaikan, ade yang masih bermain-main di dalam fikiranku..
Sahabat, aku yakin sahabat percaya segala yang berlaku adalah aturan Allah..akal kita mengiakan perkara ni, tp sejauh mana kita menghayati dan mengiakannya dengan hati kita..? Astaghfirullah..
Satu hari, aku pernah diterjah dengan soalan yang biasa bg ku..tp ntah knape kepala xdapat nak meng'access' dan menjawab persoalan tu..hanya lah berkisarkan dakwah..apa tu dakwah, apa hujahnya??
ya Allah, ntah kenapa aku terdiam..aku sedih sangat, kerana jelas apa yang aku jalankan selama ni dalam usaha melahirkan kader2 dakwah, aku belum hadam betul2..aku belum hafal betul2,..ya Allah, aku malu pada-Mu..aku menyesal sangat, kerana aku adalah punca utama kenapa kader2 dakwah akhir ni makin berkurang,..makin berkurang golongan yang sanggup menjual diri dan harta di jalan Allah..aku sedih aku punca nya..beberapa kali aku tumbuk dada aku sampai senak, agar aku sedar..aku takut seperti yang aku katakan td, hanya sedar dan mengiakan di akal fikiran tapi hati x hayati..
Ya Allah, jauhkan lah aku dari golongan yang menzalimi diri ku sendiri..
Saat tinta di tulis, hati ku sebak, air mata menitis, betapa hina nya aku..aku bukanlah pekerja terbaik di jalan Allah..malah mungkin aku yang menghancurkan gerak kerja aku sendiri..
aku terfikir, kenapa Allah taklifkan aku sebagai penggerak kader dakwah, walhal aku rasekan aku langsung xlayak..., kalau aku fikirkannya negatif, pasti aku dah lari meninggalkan jalan ni, menjadi orang2 yang futur dek kerana rase rendah diri..
tapi Alhamdulillah Allah masih kurniakan kewarasan akal fikiran dan iman utk ku terus tegar dijalan ni..yang penting kena berubah.., jangan terdiam di takuk lame..ubah diri untuk ummah, bukan untuk nama, bukan untuk jawatan, bukan untuk dipuji, bukan untuk orang lain..tp untuk Allah, untuk Islam..
Aku bersyukur kerana ditakdirkan untuk banyak berjalan dan mengenal ramai orang..aku yakin inilah antara hikmah disebalik takdir Allah..agar aku banyak belajar daripada alam, daripada orang sekeliling..
ya Allah bantu ku untuk menjadi mukmin, muslim dan muttaqin terbaik di sisi-Mu..
~sekadar perkongsian dari cerita alam yang ku dengar, alami dan cuba praktikkan..buat sahabat2 satu aqidah~

Wednesday, April 13, 2011

Catatan ringkas buat yang bergelar amilin...,

Setiap saat setiap detik amilin (orang-orang yang bergerak kerja di jalan Allah) ni xpernah berhenti daripada melaksanakan gerak kerja-gerak kerja demi dakwah Islam sampai pada semua..walau apa jua caranya...,
tp kadang-kadang hak amilin ni pada diri sendiri boleh diketepikan sama ada aspek ruhiyah, duniawiah, dan lain2..dalam fasa ini, mostly sedang getir berhadapan dengan fasa menghabiskan assignment, test, dan lain2 sebelum masuk fasa study week....then., EXAM!!! haa...ni la detik kemuncak dalam kehidupan seorang yang bergelar pelajar...walau apa pun yang ditempuhi, di jalankan di bumi kampus ni, masing2 xdapat lari daripada kenyataan ini..tp, bila ditnya sejauh mana persediaan masing2..huh!, macam2 jawapan...
tp di sini perlu kita ingat, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kalau dalam diri kita tiada persediaan tu..sy cukup tersentuh dengan kata2 orang terdekat sy, kita patut tengok pada diri kita, kita yang kadang2 silap menilai..contoh markah test teruk, salah siapa?bukannya salah orang lain, salah kita juga kan,..bukannya orang lain yg tolong stdy dan jawabkan test tu utk kita..tp apa2 pun, semua tu dah lepas kan..."lets by gone being by gone"..jom mulakan semangat baru, ubah paradikma diri kita..berubah kerana inginkan kemajuan, berubah kerana Allah..yap!..betulkan niat dulu...., gunakan semua peluang yang masih berbaki dengan sebaiknya..jgn pernah sia-siakannya walaupun sepicing..ingat! lakukan anjakan paradikma dalam diri kita semua..yang paliiiiing penting, perubahan ini kita mestilah letakkan pengharapan pada Allah agar sentiasa memberikan kita ketabahan, thabat dan sentiasa mengharapkan keredhaan daripadaNYA..nasihat buat diri yang lemah dan buat semua saudaraku...,
Point penting yang nak disampaikan :
1) Lakukan yang terbaik dalam kehidupan, jadilah masa lepas sebagai pengajaran..
2) Jangan pernah salahkan sesiapa, kerana semua berpunca dari diri sendiri.
3) Betulkan niat untuk berubah,..mg sentiasa dalam rahmat Allah..amiin...,
Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya sepanjang study week ni,..tinggalkan novel, tinggalkan penulisan2u, tinggalkan 'tenung' facebook, tinggalkan tido banyak..+++ lain2 lagi la..
konklusinya, gunakan mase dengan terbaik!!!
Syukran~~~=)

Tuesday, February 1, 2011

Satu Ikatan, Satu Perjanjian, Satu Aqidah..

Andai ada ruang kekosongan di hati kalian...
Penuhkannya dengan ingatan walau sepotong ayat...
Jangan pernah biarkannya kosong, 
Kerna dibimbangi akan tercemar..

Renungi sebuah perjanjian yg pernah termeterai..
Kenangi sebuah ukhwah dalam satu jihad...
Kita ikatnya dengan tali persaudaraan...
Beraqidahkan satu Tuhan...

Andai masa ni mampu ku ulang, 
Detik2 ini pasti ingin ku tunjukkan kembali...
Agar kekal segar bersemangat dirimu duhai sahabat..
Dalam menempuhi liku2 hidup yang entah bila akan berakhir..

Ingatlah sahabat, perjuangan ni xkan pernah berakhir, 
Selagi Islam Xdijunjung tinggi di puncak kejayaan, 
Selagi tu, kita xbisa untuk rebah..
Kalau ianya berlaku sekalipun, kita mesti bangkit!

SALAM PERJUANGAN sahabat...

Tuesday, November 30, 2010

kenapa aku diciptakan??...

Saya hanyalah hamba yang amat kerdil untuk berbicara soal agama..apatah lagi menasihati orang lain..tp nukilan ku di sini sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri dan orang-orang disekeliling yang dapat saya katakan di sini amat bertuah dan bersyukur hidup di kalangan hamba-hamba Allah yang sentiasa ingat padaNYA. Alhamdulillah...


Berbicara mengenai mengapa kita diciptakan.. Allah menciptakan sesuatu pasti ada tujuan dan tujuan tu bukanlah sia-sia. Waima nyamuk skalipun pasti ada tujuannya..kalau tak masakan ada ubat nyamuk dll untuk bunuh nyamuk pembawa penyakit, tak dapat lah orang tu berniaga kan..ni sekadar contoh kebiasaan.. Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui, pasti sekecil-kecil benda ada hikmah disebalik penciptaanNYA..


1)Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNYa
   Dalam surah Az-Zaariyat, ayat 56"


 "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah  kepadaKU".

2)Kita diciptakan sebagai khalifah di muka bumi Allah. Kita adalah bertanggungjawab dalam memastikan bumi khususnya, alam sejagat umumnya agar Islam, agama anugerah Allah menjadi satu-satunnya panduan utama dalam kehidupan dan Allah sebagai satu-satunya yang berhak disembah dan diibadahi.
Salah satu tanggungjawab kita ialah berdakwah. Dalam surah Ali-Imran, ayat 104.

 " Dan  hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

Ini adalah sekadar muqaddimah ringkas daripada saya. Moga-moga ianya menjadi penghayatan dan peringatan bersama.