Sunday, February 5, 2012

fikir..fikir..fikir..dan zikir

Di suatu pagi yang hening, aku menghabiskan sepenuhnya masa mencari diri..siapa, kenapa, bagaimana dan pelbagai persoalan timbul dibenakku..ada yg mampu ku selesaikan, ade yang masih bermain-main di dalam fikiranku..
Sahabat, aku yakin sahabat percaya segala yang berlaku adalah aturan Allah..akal kita mengiakan perkara ni, tp sejauh mana kita menghayati dan mengiakannya dengan hati kita..? Astaghfirullah..
Satu hari, aku pernah diterjah dengan soalan yang biasa bg ku..tp ntah knape kepala xdapat nak meng'access' dan menjawab persoalan tu..hanya lah berkisarkan dakwah..apa tu dakwah, apa hujahnya??
ya Allah, ntah kenapa aku terdiam..aku sedih sangat, kerana jelas apa yang aku jalankan selama ni dalam usaha melahirkan kader2 dakwah, aku belum hadam betul2..aku belum hafal betul2,..ya Allah, aku malu pada-Mu..aku menyesal sangat, kerana aku adalah punca utama kenapa kader2 dakwah akhir ni makin berkurang,..makin berkurang golongan yang sanggup menjual diri dan harta di jalan Allah..aku sedih aku punca nya..beberapa kali aku tumbuk dada aku sampai senak, agar aku sedar..aku takut seperti yang aku katakan td, hanya sedar dan mengiakan di akal fikiran tapi hati x hayati..
Ya Allah, jauhkan lah aku dari golongan yang menzalimi diri ku sendiri..
Saat tinta di tulis, hati ku sebak, air mata menitis, betapa hina nya aku..aku bukanlah pekerja terbaik di jalan Allah..malah mungkin aku yang menghancurkan gerak kerja aku sendiri..
aku terfikir, kenapa Allah taklifkan aku sebagai penggerak kader dakwah, walhal aku rasekan aku langsung xlayak..., kalau aku fikirkannya negatif, pasti aku dah lari meninggalkan jalan ni, menjadi orang2 yang futur dek kerana rase rendah diri..
tapi Alhamdulillah Allah masih kurniakan kewarasan akal fikiran dan iman utk ku terus tegar dijalan ni..yang penting kena berubah.., jangan terdiam di takuk lame..ubah diri untuk ummah, bukan untuk nama, bukan untuk jawatan, bukan untuk dipuji, bukan untuk orang lain..tp untuk Allah, untuk Islam..
Aku bersyukur kerana ditakdirkan untuk banyak berjalan dan mengenal ramai orang..aku yakin inilah antara hikmah disebalik takdir Allah..agar aku banyak belajar daripada alam, daripada orang sekeliling..
ya Allah bantu ku untuk menjadi mukmin, muslim dan muttaqin terbaik di sisi-Mu..
~sekadar perkongsian dari cerita alam yang ku dengar, alami dan cuba praktikkan..buat sahabat2 satu aqidah~

No comments:

Post a Comment